Tuesday 2 October 2012

Perang Candu



Perang Candu, juga dikenali sebagai Perang Anglo-China, yang merupakan kemuncak pertelingkahan perdagangan dan diplomatik yang tercetus diantara Dinasti Qing dibawah China dengan Empayar British selepas China mencari jalan untuk menghalang British daripada penyeludupan candu. Peperangan ini merupakan sebahagian daripada Perang Candu Pertamadari 1839 sehingga 1842[1] dan Perang Candu Kedua dari 1856 sehingga 1860[2].
Candu, adalah sesuatu yang tidak diharamkan bagi negara United Kingdom, di mana ianya diseludup oleh saudagar pedagang dari India British ke dalam China dengan mengingkari undang-undang larangan China. Penyelesaian secara diplomatik mungkin dapat menyelesaikan masalah ini tetapi masalah dalam komunikasi dan pengasingan yang diamalkan oleh China menyebabkan usaha perbincangan tidak dapat dilakukan. Peperangan secara terbuka antara Britain dan China tercetus pada 1839. Peperangan yang tercetus menyebabkan kontroversi di Britain dan mendapat kritikan yang hebat daripada William Gladstone. Perbalahan yang berlanjutan keatas layanan yang diberikan keatas pedagang British di pelabuhan China menyebabkan berlakunya Perang Candu Kedua.
China yang kalah pada kedua-dua peperangan menyebabkan kerajaan China terpaksa membenarkan candu diperdagangkan . Pihak Britain telah memaksa kerajaan China supaya menanda tangani Perjanjian Nanjing dan Perjanjian Tianjin, juga dikenali sebagai Perjanjian Berat Sebelah, antara perjanjian ini ialah persediaan untuk membuka pelabuhan tambahan dengan tiada larangan kepada pedagang asing, penetapan tariff tetap, diakui oleh kedua-dua negara sebagai sama dalam surat menyurat. Pihak British juga mendapat hak wilayah yang lebih besar. Terdapat beberapa negara yang mengikuti Britain dan melihat perjanjian yang sama dengna pihak China. Ramai orang China mendapati perjanjian ini satu penghinaan dan sentimen ini telah menyebabkan Perbalahan Taiping (1850-1864), Perbalahan Boxer (1899-1901) dan kejatuhan Dinasti Wing pada 1912 yang menyebabkan berakhirnya Dinasti China. Peperangan Candu telah menyebabkan dan memaksa supaya China lebih terbuka kepada dunia luar.

Perdagangan secara terus antara pihak Eropah dan China bermula pada kurun ke-16, selepas pihak Portugis berjaya menawan penempatan India di Goa pada pertengahan kurun ke-16, dan Macau pada tahun 1557 di Selatan China. Selepas pihak Sepanyol memperolehi Filipina, pertukaran barangan dagangan antara China dan Barat meningkat dengan mendadak. Kapal layar Manila yang membawa masuk lebih banyak perak terus dari lombong Amerika Selatan ke China dan kemudian melalui jalan darat yang dikenali sebagai Jalan Sutera. Apabila terlalu banyak barang dagangan dibawa masuk, kerajaan Qing cuba untuk mengehadkan kontrak perjanjian dengan negara luar, mengehadkan pertukaran barang di pelabuhan Canton (kini dikenali sebagai Guangzhou). Perdagangan merupakan subjek yang perlu diselidiki dengan teliti oleh pegawai China. Empayar Sepanyol mula menjual candu, bersama-sama dengan barangan keluaran baharu sepertirokok dan jagung, ke China supaya dapat mengelakkan defisit ke atas perdagangan yang menyebabkan harga melebihi perak.

0 comments:

Post a Comment