Sunday 9 September 2012

Kesan Penyalahgunaan Dadah


Punca Penyalahgunaan Dadah


Terdapat beberapa punca atau sebab penglibatan penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan remaja. Di antaranya ialah:

1.Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa
Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah.

2. Pengaruh Rakan Sebaya
Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa.

3.      Tekanan / Depressi
Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.

4. Kurang Pendidikan Agama
Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi,  dalam dunia moden ini remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang telah dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting bagi menghalang atau menghindari dari perbuatan yang di anggap hina.
5. Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik
Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media elektronik. Hal ini adalah kerana melalui kedua-dua media ini dapat memberikan maklumat atau bahan yang tidak diperolehi disekolah mahupun di dalam buku teks sekolah. Walau bagaimanapun, kedua-dua media ini juga memberi pengaruh yang amat besar terhadap remaja hingga boleh mengubah tingkah laku serta akal fikiran mereka. Remaja bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau salah.

Psikotrapik


Psikotrapik adalah dadah yang bertindak kepada otak dan merangsang fizikal.



Pilihan Di Tangan Anda

Apa itu rokok?


Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah.
Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah.

Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.


Ini adalah beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok:

Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok merasa tenang. Tar, yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen. Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano. Benzene, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna.

Cadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif. Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol. Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.

Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu. Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat. Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut.

Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak. Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus. Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta.

Pokok Ketum

Pokok Ketum

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa InggerisKratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai KratomNama botaninya Mitragyna speciosa korth.



Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.




Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Kesan penagihan daun ketumAntara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah :
· susut berat badan
· insomnia
· anoreksia
· bibir menjadi kering
· sembelit atau kesukaran membuang air besar
· kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya

Kesan-kesan penyingkiran
· Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
· sengal-sengal sendi
· mudah marah lemah untuk bekerja


Masa depan pokok ketum
Dengan pengistiharkan daun Ketum sebagai bahan larangan mulai Januari 2003, ini bererti pokok Ketum mungkin akan pupus akibat aktiviti penghapusan oleh pihak berkuasa.

Nasib pokok ketum ternyata berbeza dengan pokok kola yang berasal dari Amerika Syarikat. Air rebusan daun kola telah dijadikan bahan asal Coca-cola. Bagaimanapun setelah didapati daun kola mempunyai bahan ketagihan yang sama, syarikat Coca-cola telah menukar bahan asal dalam daun kola kepada bahan sintetik yang tidak menagihkan.

Bagaimanapun penyelidikan oleh luar negara untuk memajukan pokok Ketum menunjukkan hasil yang menggalakkan. Kajian oleh Ridley 1897 di Malaya dan terbaru di New Zealand mendapati kandungan mitraginin dalam daun ketum dos rendah boleh digunakan sebagai ejen dalam rawatan detoksifikasi dadah (pemulihan penagih dadah).

Dengan itu daun Ketum dipercayai boleh membantu dalam rawatan detoksifikasi atau terapi gantian dan khasiat dalam perubatan tradisional tetapi kajian lebih saintifik perlu dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan serta keberkesanan daun ketum digunakan dalam rawatan itu.

Oleh itu, jangan terkejut sekiranya suatu hari Malaysia akan mula mengimport daun Ketum dari New Zealand dan Australia sebagai bahan ubatan bagi merawat penagih dadah di Malaysia, sungguhpun ia berasal di sini.

Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa

Info : Arak


Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.
Dalil Al-Quran haram minum arak
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90) 

Dalil Hadis haram minum arak

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733)


"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)

Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya :
· Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
· Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah dan daripada mengerjakan solat
· Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah
· Boleh menimbulkan      permusuhan dan kebencian di antara manusia
· Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara.

Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik.

Sketsa : Kedai Dadah