Tuesday 2 October 2012

Undang-Undang Dadah Di Malaysia

RAWATAN, PERUBATAN DAN PEMULIHAN DADAH DI MALAYSIA




Klinik Cure & Care 1Malaysia

Seramai 772 orang penagih menerima rawatan dan pemulihan di Klinik C&C 1Malaysia seluruh negara sehingga akhir Mac 2012.

Secara keseluruhan, sebanyak 594 orang mendapatkan rawatan secara inpatient, 54 orang outpatient dan 144 orang rujukan dan advokasi di semua klinik seluruh negara.

Klinik C&C 1Malaysia Sungai Besi paling banyak menyediakan rawatan kepada klien iaitu seramai 189 orang dengan 147 daripadanya secara inpatient, 5 orang outpatient dan 37 orang rujukan dan advokasi.

AADK juga memperkenalkan Mini Cure & Care 1Malaysia di empat buah tempat iaitu Miri, Keningau, Besut dan Kinta. Seramai 52 orang telah mendapatkan rawatan di semua Mini C&C 1Malaysia dengan 26 orang klien secara inpatient, 25 orang outpatient dan 1 orang rujukan & advokasi sehingga akhir Mac 2012.

Cure & Care Service Centre (CCSC)

Seramai 13,465 orang klien telah menerima rawatan, perubatan dan pemulihan secara daycare di CCSC seluruh negara pada bulan Mac 2012 dan jumlah terkumpul sehingga Mac 2012 seramai 294,996 orang. Selain itu, perkhidmatan secara residen pada akhir Mac 2012 telah diberikan kepada 417 orang klien yang memerlukannya.

Caring Community House (CCH)

Seramai 4,775 orang penagih menerima rawatan, perubatan dan pemulihan di CCH seluruh negara pada bulan Mac 2012. CCH Hulu Langat, Selangor telah memberi perkhidmatan kepada 1,093 orang(22.89%), CCH Gombak, Selangor 380 orang (7.96%) dan Tumpat, Kelantan 284 orang (5.95%).

Pecahan Penagih Dadah Mengikut Etnik Bagi Januari-Mac 2012



Etnik Melayu merupakan penagih teramai yang dikesan sepanjang bulan Januari-Mac 2012 iaitu 1,808 orang (79.26%) bersamaan dengan 0.02% daripada jumlah unjuran penduduk etnik Melayu di negara ini yang berusia 15-64 tahun (9,583,100 orang)1. Jika dibandingkan dengan tiga kaum utama di Malaysia, etnik Melayu menunjukkan penurunan iaitu 30.54% daripada 2,603 kes tahun lepas kepada 1,808 kes tahun ini. Manakala bagi etnik India dan Cina,penurunan sebanyak 14.52% dan 5.05%.

Taburan Penagih Di Semua Ibu Negeri Bagi Bulan Januari-Mac 2012


 

Carta di sebelah menerangkan bilangan penagih yang dikesan di semua ibu negeri sepanjang Januari-Mac 2012. Kuala Lumpur mencatatkan bilangan tertinggi penagih dikesan iaitu seramai 161 orang. Ini diikuti dengan Georgetown (121 orang), Ipoh (104 orang) dan Seremban (72 orang).

Uji Minda : Teka Silangkata


MELINTANG

1. Sejenis kokain yang diproses dengan menggunakan bahan kimia untuk menghasilkan hablur putih yang besar.
2. Dadah perubatan yang disalahgunakan akan mengakibatkan _________ 
3. Serbuk putih yang biasanya disedut ke dalam hidung dan dengan cepat diserap ke dalam darah.
4. Bahan kimia yang meruap yang boleh dijumpai dalam produk aeorosol, gasoline, dan cat.
5. Asid yang merupakan salah satu daripada dadah yang paling kuat.


MENEGAK 

6. Dadah narkotik yang dihasilkan daripada candu dadah mentah.
7. Dadah yang digunakan sebagai peransang.
8. Sejenis sebatian organik yang dijumpai secara semulajadi di dalam pokok tembakau.
9. Nama lain bagi marijuana.
10. Marijuana boleh menjejaskan otak dan menyebabkan penyakit ________ 

Renungan : Hati-hati Memilih Kawan


Hadi bersekolah di Sekolah Kebangsaan Nirwana. Dia seorang murid yang pintar dalam     pelajaran di sekolahnya. Hadi ialah anak tunggal dalam sebuah keluarga yang sederhana. Dia         sering ditinggalkan bersendirian kerana ibu bapanya sibuk dengan urusan di luar. Dunianya cuma di rumah, bertemankan buku-buku dan bermain komputer. 
Sesekali, dia bermain basikal di kawasan rumahnya. Hadi senang dengan kehidupan sedemikian. Pada suatu malam, ibu bapa Hadi tiada di rumah kerana menghadiri majlis kenduri. Kawan sekolah Hadi bernama Karim datang mengajaknya keluar berjalan-jalan tetapi Hadi menolak pelawaan tersebut. 
Karim terus memujuk Hadi. Setelah dipujuk berkali-kali, akhirnya Hadi bersetuju untuk keluar mengikut Karim berjalan-jalan. Setiba sahaja mereka di persimpangan jalan, Karim mengajak Hadi untuk melepak bersama kawan-kawannya yang telah sedia menunggu di sebuah pondok di situ. Sebenarnya, Karim dan kawan-kawannya mem-punyai niat jahat terhadap Hadi. Minuman yang disediakan untuk Hadi telah dicampurkan dengan  sejenis dadah berbahaya yang dicuri daripada abang Karim yang sememangnya seorang penagih dadah. 
Tanpa mengetahui niat sebenar Karim, Hadi terus meneguk minuman tersebut. Tidak lama selepas itu, Hadi mula berkhayal dan meracau-racau. Dengan tidak disangka-sangka, sebuah kereta peronda melalui simpang tersebut. Karim dan rakan-rakannya lari bertempiaran menyelamatkan diri,   meninggalkan Hadi sendirian.  
Kereta peronda polis berhenti di tepi pondok tersebut apabila melihat keadaan Hadi yang mencurigakan. Hadi yang sedang khayal ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. Ibu bapa Hadi dipanggil ke balai polis untuk membantu siasatan. 
Pihak polis mendapati bahawa Hadi telah dianiayai oleh rakan-rakannya. Hadi dibebaskan   dengan syarat dia diletakkan di bawah pengawasan ibu bapanya.

Pada keesokan hari, Karim, rakan-rakannya dan ibu bapa mereka telah dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan. Mereka didapati bersalah.

Abang Karim pula telah diberkasoleh pihak polis dan dihantar ke pusat pemulihan. Ibu bapa mereka berasa amat malu dan berjanji akan memastikan anak mereka berkelakuan baik. Hadi berasa amat kesal kerana terpengaruh dengan ajakan Karim. 

Namun, ibu bapa Hadi tetap memberikan sokongan kepadanya dan mereka berjanji tidak akan meninggalkannya bersendirian di rumah. Hadi amat bersyukur kerana dia terselamat daripada terjebak dengan najis dadah.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati memilih kawan dan setiap perbuatan pasti akan menerima balasan yang setimpal. 

Keldai Dadah Perlu Ditangani Dengan Berhemah ole


Kes rakyat Malaysia ditipu, diperdaya dan dijadikan sebagai keldai dadah terus meningkat dan mula mencetuskan kebimbangan. Masyarakat mula risau, jika suami, isteri ataupun anak menjadi mangsa seterusnya walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat baik dalam media massa mahupun melalui media cetak berkaitan kes keldai dadah yang melibatkan rakyat Malaysia yang ditipu, diperdaya, ditangkap dan meringkuk dalam penjara di luar negara. Walau bagaimanapun, situasi ini masih belum mencukupi untuk menyedarkan dan menginsafkan rakyat kita.
Keldai dadah merujuk seseorang yang secara rela ataupun diperdaya untuk menjadi pembawa dadah ataupun pelbagai barang seludup yang lain secara haram dan tersembunyi ke negara lain. Kebiasaannya, kegiatan ini melibatkan sindiket antarabangsa yang mempunyai rangkaian perhubungan yang luas dalam merekrut mangsa untuk dijadikan keldai dadah.

 Sindiket yang bijak merancang dan mengambil peluang terhadap mangsa yang naif, menggunakan taktik ini kerana mampu mengurangkan risiko pengedar atau penyeludup dadah terbabit tertangkap. Antara kaedah penyeludupan yang biasa dilakukan termasuklah menyembunyikan barang di dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan ataupun lebih dahsyat lagi apabila ada yang sanggup menelannya.

Antara lokasi rakyat Malaysia pernah ditahan termasuklah di Itali, Sepanyol, Peru dan Jepun. Pihak Kementerian Luar baru-baru ini mendedahkan bahawa seramai 72 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa China kerana cuba membawa masuk dadah, dengan kes paling banyak berlaku di Ghuangzou, iaitu sebanyak 33 kes. Yang lebih malang dan mendukacitakan kita ialah apabila sebahagian besar daripada mangsa yang ditahan itu mendakwa mereka tidak mengetahui dadah yang dirampas berada dalam simpanan mereka ketika ditahan di lapangan terbang.

Yang menjadi persoalan di sini ialah apakah punca utama yang menyumbang kepada kejadian yang semakin meningkat dan membimbangkan ini? Kenapa rakyat kita, baik wanita mahupun lelaki begitu mudah terpedaya dan tertipu dengan sindiket seperti ini? Jika kita mengkaji dan meneliti latar belakang setiap individu rakyat kita yang terlibat dalam gejala ini ternyata majoritinya ialah golongan belia dan kaum wanita.

Hal ini menunjukkan bahawa antara punca utama kepada kejadian ini ialah tahap pemikiran dan kematangan mereka yang masih lemah dan mudah tertipu atau diperdaya. Golongan ini begitu mudah terpengaruh dengan sogokan kata-kata manis dan kekayaan yang dijanjikan melalui keuntungan jangka pendek yang mudah tanpa memikirkan soal kesan dan implikasi kepada diri sendiri dan juga keluarga jika tertangkap kelak. Mereka mudah percaya kepada orang luar atau asing yang baru dikenali yang menjanjikan kekayaan dan pendapatan luar biasa.

Wanita Malaysia terlalu mudah termakan pujuk rayu lelaki hidung belang yang bijak memancing dan menggoda dengan kata-kata sayang dan cinta di samping menjanjikan pulangan kekayaan yang lumayan.

Bagi rakyat kita yang membuat kerja ini dalam keadaan sedar, sikap tamak untuk menjadi kaya dengan cepat, segala nasihat dan pendedahan mengenai kes ini tidak dipedulikan dan diambil kisah.

Yang lebih merisaukan ialah golongan yang diperdaya ataupun ditipu untuk membuat kerja ini kerana masih banyak mangsa yang terjerat, mengadu mereka langsung tidak sedar dipergunakan ataupun diperdaya menjadi keldai dadah.

Mereka hanya sedar apabila mereka ditahan dan ditangkap di lapangan terbang ataupun di negara luar oleh pihak berkuasa tempatan. Kejadian sebegini bukan sahaja mengundang malapetaka kepada masa depan rakyat yang tertangkap kerana berhadapan dengan hukuman yang berat termasuklah hukuman gantung, malah hal ini memalukan dan mengaibkan keluarga serta menjejaskan nama baik negara secara menyeluruh.

Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab semua pihak terutamanya anggota keluarga dan ahli masyarakat memainkan peranan yang lebih aktif untuk membendung gejala ini daripada terus berleluasa.

Hal ini penting kerana pihak berkuasa, baik polis mahupun kementerian yang berkaitan, seperti Kementerian Luar dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dan sedang memainkan   peranan mereka dengan aktif dalam usaha mendidik dan menyedarkan rakyat kita daripada terjerumus ke kancah seperti ini.

Malah, mereka jugalah yang bersusah payah untuk membebaskan rakyat kita yang ditangkap di luar negara selama ini. Maka, apa-apa yang diperlukan sekarang ialah komitmen anggota keluarga dan ahli masyarakat dalam aspek mendidik, menjaga dan menyedarkan baik suami, isteri mahupun anak mereka supaya tidak mudah terpedaya.

Hal ini dikatakan demikian kerana kelompok inilah yang paling rapat dengan mangsa dan paling berpeluang untuk mempengaruhi segala tindak tanduk mereka terutamanya dalam menjejak segala aktiviti yang mereka lakukan sepanjang masa.


 
Semoga komitmen dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat ini dapat mengurangkan dan seterusnya mengatasi secara keseluruhan gejala yang kurang sihat seperti ini.

Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed (http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=1904) 




Perang Candu



Perang Candu, juga dikenali sebagai Perang Anglo-China, yang merupakan kemuncak pertelingkahan perdagangan dan diplomatik yang tercetus diantara Dinasti Qing dibawah China dengan Empayar British selepas China mencari jalan untuk menghalang British daripada penyeludupan candu. Peperangan ini merupakan sebahagian daripada Perang Candu Pertamadari 1839 sehingga 1842[1] dan Perang Candu Kedua dari 1856 sehingga 1860[2].
Candu, adalah sesuatu yang tidak diharamkan bagi negara United Kingdom, di mana ianya diseludup oleh saudagar pedagang dari India British ke dalam China dengan mengingkari undang-undang larangan China. Penyelesaian secara diplomatik mungkin dapat menyelesaikan masalah ini tetapi masalah dalam komunikasi dan pengasingan yang diamalkan oleh China menyebabkan usaha perbincangan tidak dapat dilakukan. Peperangan secara terbuka antara Britain dan China tercetus pada 1839. Peperangan yang tercetus menyebabkan kontroversi di Britain dan mendapat kritikan yang hebat daripada William Gladstone. Perbalahan yang berlanjutan keatas layanan yang diberikan keatas pedagang British di pelabuhan China menyebabkan berlakunya Perang Candu Kedua.
China yang kalah pada kedua-dua peperangan menyebabkan kerajaan China terpaksa membenarkan candu diperdagangkan . Pihak Britain telah memaksa kerajaan China supaya menanda tangani Perjanjian Nanjing dan Perjanjian Tianjin, juga dikenali sebagai Perjanjian Berat Sebelah, antara perjanjian ini ialah persediaan untuk membuka pelabuhan tambahan dengan tiada larangan kepada pedagang asing, penetapan tariff tetap, diakui oleh kedua-dua negara sebagai sama dalam surat menyurat. Pihak British juga mendapat hak wilayah yang lebih besar. Terdapat beberapa negara yang mengikuti Britain dan melihat perjanjian yang sama dengna pihak China. Ramai orang China mendapati perjanjian ini satu penghinaan dan sentimen ini telah menyebabkan Perbalahan Taiping (1850-1864), Perbalahan Boxer (1899-1901) dan kejatuhan Dinasti Wing pada 1912 yang menyebabkan berakhirnya Dinasti China. Peperangan Candu telah menyebabkan dan memaksa supaya China lebih terbuka kepada dunia luar.

Perdagangan secara terus antara pihak Eropah dan China bermula pada kurun ke-16, selepas pihak Portugis berjaya menawan penempatan India di Goa pada pertengahan kurun ke-16, dan Macau pada tahun 1557 di Selatan China. Selepas pihak Sepanyol memperolehi Filipina, pertukaran barangan dagangan antara China dan Barat meningkat dengan mendadak. Kapal layar Manila yang membawa masuk lebih banyak perak terus dari lombong Amerika Selatan ke China dan kemudian melalui jalan darat yang dikenali sebagai Jalan Sutera. Apabila terlalu banyak barang dagangan dibawa masuk, kerajaan Qing cuba untuk mengehadkan kontrak perjanjian dengan negara luar, mengehadkan pertukaran barang di pelabuhan Canton (kini dikenali sebagai Guangzhou). Perdagangan merupakan subjek yang perlu diselidiki dengan teliti oleh pegawai China. Empayar Sepanyol mula menjual candu, bersama-sama dengan barangan keluaran baharu sepertirokok dan jagung, ke China supaya dapat mengelakkan defisit ke atas perdagangan yang menyebabkan harga melebihi perak.