Tuesday 2 October 2012

Candu


Candu ialah sejenis dadah yang terbentuk daripada lateks yang terhasil daripada menghancurkan lenggai-lenggai benih popi candu (Papaver somniferum) yang mentah.

Candu mengandungi sehingga 16% morfin, sejenis alkaloidopiat yang paling banyak diproses secara kimia untuk menghasilkan heroin untuk penjualan dadah haram.    

Damarnya juga mengandungi kodeina dan alkaloid bukan narkotik, seperti papaverine dan noscapine

Meconium dalam sejarah merujuk kepada kaitan, penyedian lemah yang dihasilkan dari bahagian lain pokok popi atau spesies popi lain. Penghasilan candu moden merupakan kemuncak pengeluaran selama bermilennia, di mana sumber popi, kaedah pengeluaran dan pemprosesan, dan kaedah pengambilan menjadi semakin kuat.

Penanaman popi candu untuk makanan, anestesia, dan upacara keagamaan dipercayai mula sejak Zaman Neolitik.

Tamadun SumeriaAssyriaMesirMinoanYunaniRomFarsi dan Empayar Arab masing-masing menggunakan candu secara meluas, kerana candu merupakan bentuk lega nyeri paling berkesan yang ada, membolehkan pakar bdah kuno untuk melakukan prosedur pembedahan yang berpanjangan.

Candu disebut dalam salah satu teks perubatan paling penting dalam dunia silam, termasuk Papyrus Ebers dan penulisan Dioscorides,Galen, dan Avicenna. Pengunaan perubatan meluas bagi candu mentah berterusan sepanjang Perang Saudara Amerika sebelum digantikan dengan morphine dan penggantinya, yang boleh dicucuk pada dos yang diukur dengan jitu.

Morphin Amerika masil dihasilkan terutamanya dengan poppy yang ditanam dan diproses di India dalam kaedah tradisi, dan kekal sebagai pelega kesakitan piwaian bagi mangsa perang.

0 comments:

Post a Comment