Tuesday 2 October 2012

Kisah Benar : Bahaya Merokok


Sewaktu perhimpunan rasmi Sekolah  Kebangsaan Seri Pagi, Cikgu Alyaa selaku guru bertugas, telah menyampaikan satu berita yang menyedihkan iaitu bapa Fatin Nabila, ketua murid, telah meninggal dunia beberapa hari yang lalu.

Cikgu Alyaa telah menjemput Fatin untuk menerima sumbangan daripada guru-guru dan rakan-rakan. Fatin Nabila  mengucapkan terima kasih atas sumbangan tersebut dan dia mengambil kesempatan itu untuk berkongsi cerita dengan semua rakan dan guru tentang apa yang telah berlaku ke atas Allahyarham bapanya. 

Dengan perasaan sebak, Fatin memulakan cerita…“ Saya berasa sangat sedih dengan nasib yang menimpa ayah saya.Untuk pengetahuan guru-guru dan rakan-rakan, allahyarham ayah saya adalah seorang perokok tegar .

Dia telah mula merokok semenjak di bangku sekolah dan akibatnya ayah saya sering sakit kepala, kerongkong dan mata. Dia juga sering pening dan batuk yang teruk , lama kelamaan ayah saya menghidap penyakit jantung yang kronik.

Sebagai seorang anak, saya masih belum puas merasai kasih sayang daripada se-orang ayah, tetapi ...dia telah meninggalkan saya buat selama-lamanya. 

Di kesempatan ini saya inginmengingatkan diri saya dan rakan-rakan yang lain supaya mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku kepada ayah saya. Jangan sesekali mencuba rokok dan katakan tidak kepada rokok.

Cikgu Alyaa mengucapkan terima kasih kepada Fatin Nabila dan berharap agar murid-murid mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku


0 comments:

Post a Comment