Penglibatan remaja dengan dadah dilihat semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Biarpun media kerap memaparkan tentang bahaya dan kesan penggunaan dadah, masalah ini dilihat semakin membimbangkan.
Terkini, media kerap laporkan tentang penglibatan remaja dengan pengedaran dadah. Pelajar harus sedar bahaya dan kesan yang harus ditanggung apabila terjebak dengan dadah.
Undang-undang di Malaysia memperuntukkan hukuman yang berat terhadap pesalah dadah. Bagi remaja, masa depan mereka akan hancur sekiranya terjebak dengan gejala ini.
Pelajar seharusnya pandai memilih kawan supaya tidak terjebak dengan kes-kes sebegini. Pengaruh rakan sebaya antara faktor utama remaja terpengaruh dengan dadah.
Ancaman dadah sintetik juga dilihat sebagai musuh kepada remaja. Pil-pil yang mudah didapati di pasaran akan digunakan oleh remaja untuk berseronok dan melepaskan tekanan setelah penat belajar.
Negara memandang serius masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dan berusaha sedaya upaya untuk menanganinya dengan berkesan.
Katakan TIDAK kepada dadah.
0 comments:
Post a Comment