Tuesday, 2 October 2012

Psikotrapik : Bahaya Dadah Generasi Baru


Apa itu psikotrapik?
Dadah jenis psikotrapik seperti ecstasy adalah bahan kimia yang biasanya diambil dalam bentuk pil atau kapsul. Beberapa jenis dadah psikotrapik seperti ecstasy adalah diperbuat oleh manusia. Ecstasy mempunyai struktur kimia yang serupa dengan halusinogen dan bertindak kepada otak serta merangsang fizikal seseorang.
Bahan-bahan psikotrapik boleh mengakibatkan loya, penglihatan menjadi kabur, berpeluh, kekeliruan, kemurungan dan masalah tidur.
Risiko Psikotrapik
Dadah psikotrapik seperti ecstasy boleh merosakkan sel saraf otak manusia. Sel yang terlibat ialah melibatkan selera, tidur, pemikiran dan ingatan terdedah kepada bahaya dadah tersebut.
Dadah tersebut juga boleh menyebabkan sistem dalam badan sukar mengawal suhu badan. Ini boleh menyebabkan hyperthermia (peningkatan suhu badan) yang boleh mengakibatkan hati, jantung dan buah pinggang gagal berfungsi. Kesan dadah psikotrapik juga sukar untuk dijangka.






0 comments:

Post a Comment