Saturday, 8 September 2012

INHALAN



Inhalansia adalah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap yang boleh dijumpai dalam lebih 1000 produk rumah seperti aerosol, pelekat, deodoran, penyembur rambut, minyak wangi, penyegar udara, gasolincecair pemetik api dan cat.
Inhalan boleh dihidu secara terus daripada bekas terbuka, atau menggunakan kain yang direndam ke dalam bahan kimia tersebut dan meletakkannya berhampiran muka.
Selain itu, bekas terbuka atau kain lembab itu boleh diletakkan dalam beg plastik dan sebelum dihidu.
Inhalan dikatakan boleh menyebabkan kematian sel otak.
Disebabkan sel otak yang baru tidak lagi terbentuk selepas kelahiran, ini bererti penagih inhalan yang tegar akan berhadapan dengan risiko kecacatan akal.
Kadangkala inhalan ini turut digunakan oleh penagih dadah yang tiada duit.
Kesan-kesan 
Kebanyakan inhalan bentuk pelarut  dan gas akan menyebabkan penagih berasa khayal.
Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak.
Perasaan khayal ini biasanya berlaku selama 15 hingga 45 minit dan akan berterusan sehingga satu hingga dua jam.
Sekiranya kuantiti atau kepekatan inhalan  itu tinggi, penagih mungkin hilang deria rasa, dan seterusnya tidak sedarkan diri. 
 Jenis-Jenis Inhalan

0 comments:

Post a Comment